Sori yer kawan2 semua.... ter'lama' lak menghilang .... bz skit + mood nak amik gmbr tak berapa nak ada skrg ni.... naper ntah.... nak jenguk fp pon asyik tak sempat jer.... sori sgt2~
Anyway... mama n hiro mmg windduuu kat korang semua ..... hehehhe
Ok.... sebagai permulaan untuk hari ni... terima la kad raya dari kami untuk kawan2 semua... jgn segan2 amik n tempek kat fp masing... hehhee
********* KAD RAYA YG DITERIMA DARI KAWAN2 FP ... TOMEL2... SAYA GANTUNG KAT UMAH SAYA LA YER ******
Sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama ,
KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Oleh kerana sambutan hari guru di sekolahku agak lewat, 29 mei nanti baru nak diadakan, jadinya tempek gmbar sambutan hari guru tahun lepas la untuk entri ni...
Sambutan Hari Guru 2008
Walaupun dah terlewat 2 hari, di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru / cikgu ., terima kasih dan Selamat Hari Guru juga buat semua guru-guru yang telah mendidik saya dari kecil sampaila siapa saya hari ni... juga seorang guru  :-D  ... terima la kad ucapan dari saya ni, tempek la kat Fp masing - masing ekk ... hehehhee
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang sudi wish tru sms, sedap wish2 tu... so saya letak kat sini utk dikongsi bersama dengan rakan2 lain...
kad ni khas untuk semua mereka yang pernah mendidik dan mengajarku .... dan juga buat kawan-kawan Fp yang bergelar CIKGU  :-D
~ What the teacher is, is more important than what he teaches ...' Karl Menninger ~
~ A teacher is an artist who paints not on canvas but on children's souls giving them a colourful n wonderful world ~
Erti sebenarnya seorang CIKGU : ~
C : cantik budinya
I   : Inovatif praktisnya
K : kreatif mindanya
G : garang semangatnya
U : Unggul ilmunya.
Sesungguhnya profession perguruan zaman sekarang amat mencabar hati dan minda .... lebih2 lagi apabila kebanyakan ibu bapa (tidaklah semua) tidak lagi menerapkan kepentingan menghormati guru seperti zaman dahulu ... guru tidak boleh tegur anak muridnya wpun secara lisan, alamatnya saman akan melayang datang ke riba, apatah lagi kalau denda hanya sekadar menyalin semula petikan karangan / apa2 ayat ... pasti ibu bapa melenting marah dan datang menyerang guru di sekolah..... ... what to do....
Semoga aku mampu menjalankan tugas ini sebaik mungkin dan seikhlas mungkin....  demi anak bangsa di masa hadapan ....
A gift from my lovely hubby... surprise yang dihantar di tempat kerjaku... havoc la kejap... heheheh ...tq dear ...
Saja letak kad besday pertama yang diterima thru emel semalam dari Parenthood Publishing di mana saya join jadi ahli kelabnyer.... hehehe.. dah makin bertambah umurku.
Another besday card ;
Kali ni mama masukkan gambar masa mula2 nak ajar Hiro menulis .... since dia dah tahu dan kenal ABC dan 123 serta huruf2 Jawi .... this time mama decide untuk ajar plak cara menulis ... dan Hiro cukup seronok bila first time belikan dia buku tulis dan alatan menulis......
Untuk pastikan dia tau nak tulis camne setiap huruf tu, mama decide utk guna arahan dlm bentuk words keanak2an ... supaya dia seronok untuk belajar tulis sampai pandai.... hehehe...
Ada yang tanya macam mana tu? contohnya, masa ajar dia tulis huruf A, mama cakap kat dia, ' A ada 1 tiang senget kiri,1 tiang senget kanan dan 1 tiang baring. B - 1 tiang tegak, kepala botak dan perut buncit dan lain2 perumpamaan untuk setiap huruf.. jadi... bila nak test dia ... contoh suruh dia tulis huruf tertentu ... if dia tak ingat camne nak tulis....biasanya saya akan sebut balik perumpamaan untuk huruf tersebut. Contohnya, huruf P - 1 tiang senget dan kepala botak.... jadi automatik dia tau camne nak tulis huruf P .... hehehehe itu cara saya la, kawan2 yang lain plak macam mana cara yang korang gunakan? apa kata kita share2? maybe korang ada cara yang lebih menarik lagi?  ;-)
Sila-sila nyatakan, saya amatlah mengalu2 kan.....  :-D
Actually ni entri dah 2 minggu tapi baru sekarang berkesempatan untuk update.
Ahad hujung minggu tersebut, mama, Hiro, Cik Bie dan family AyahKash (papa kerja la plak) sempat jenguk pameran Dinasour kat Petrosains KLCC. Awal pagi dah gerak dari umah sbb tak nak berasak dengan orang ramai.
Macam2 menarik ada di pameran tu,.... dan yang paling seronok tentunya Hiro dan sepupunya Dania....
terpegun bila tgk LRT lalu atas kepala dorang ... hehehe
posing sementara tunggu LRT sampai
like this pose ... so sweet both of them ....
Actually entry ni dah lama , bulan Feb hari tu... 16 / Feb .. sempena hari jadi anak bujangku ni, so kami decide la bawa dia gi tgk cerita The Geng kat panggung wayang kat The Mines... punye la susah nak book tiket.. akhirnya dapat juga tapi kol 9.50 mlm la... hehehehe.. mama awal2 lagik dah bagitau dia soh tdo dulu petang kalau nak tgk Upin Ipin.. punyer la seronok dia bila tau nak tgk wayang... hehehe sekian saja berita untuk update kali ini.
Ok.. sila - sila2 la menjamu mata .. kebanyakan gambar ni maybe kurang skit kualiti sebab diambil guna kamera handphone papanya. Aksi2 dia sementara menanti tayangan bermula.... kemain baik punya posing kat situ.. tak heran kat org keliling yg dok pandang2 n senyum2, ekekeke...
~~ sama tak kami berdua? ~~
Update skit la pasal my little Hiro ....
Pejam celik, pejam celik .... masa berlalu terasa begitu cepatnyer ..... lagi 3 hari anak bujang mama sorang ni akan mencapai umur 4 tahun dah.(15 FEB ) .... dengan ketinggiannya yang banyak mewarisi ketinggian tubuh keluarga sebelah papanya dan juga moyangnyer (atuk mama).
Satu perbualan ringkas di suatu hari (dlm kereta on the balik dari rumah pengasuhnya ) ;
Hiro    :  Mama, saya nak kek besday saya ....
Mama :  Nanti la .... lambat lagi kan... minggu depan baru besday abang ....
Hiro    :  Kenapa minggu depan?
Mama :  :-D [ tak tau nak bg jawapan apa ] .... ok2, nanti kita ajak papa pergi beli kek abg minggu
depan ekk ?
Hiro    : Ok mama ... saya sayang mama [sambil mencium sebelah tanganku].... I LOVE U
(punyer la dia nak bodek mama dia tu ... hehehehe)
Mama : Ok.. abg nak hadiah besday apa?
Hiro    : Mama, saya nak adik ... {sambil memegang tanganku} ... nanti kita gi beli adik ekk ..
Mama :  :-S .. (kelu lidah nak jawab) .... ok.. nanti abg tanya papa ...(hehehehe alasan untuk
menyelamatkan diriku ... papa.... nanti jawab ekk permintaan anakmu..hehehe)
Sejak kebelakangan ni, itu antara permintaan yang sentiasa bermain di mulut anak teruna sorang ni... lebih-lebih lagi bila ada kawan di rumah pengasuhnya yang dapat adik baru ... dia pun sibuk laa nak jugak... siap 'demand' lagik tu nak adik perempuan ... tak nak adik lelaki... adehhh~
Sebelum cuti CNY , sekolah mama telah mengadakan aktiviti gotong-royong perdana sekolah yang melibatkan semua murid dan kakitangan sekolah;. Tugas untuk mama kali ni jadi pemantau blok Anggerik dan Bakawali... hehehe dan tukang snap2 gambar. Ok.. let's picture tell the story laa ...
~ taraaa! inilah sekolah tempatku mencurah bakti ... hehehhe
~ kolam kecil di Laman Ilmu dibersihkan ~
~ membersihkan bendera gergasi sekolah ~
~ pantang nampak kamera ~