Want your
own Fotopage?





















 
Hiro's Fotopages

By: noor hidayah razali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Jun-2009 03:16 Email | Share | Bookmark
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

 
Salam Buat kawan2 Fp sekalian.... lama tak berkesempatan nak update, rindu plak nak baca komen kalian .maybe ada yg dah lupa pon kat saya sbb lama bebenor tak mengupdate .... hehehe.... sementelah skrg cuti sekolah ( dah nak abis pon.. hehehe) ... update la skit... nanti sy akan update backdated entri later... heheheh

Sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama ,

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



tq for sharing.....gud info sambil2 beramal.. Fri 12-Jun-2009 04:12
Posted by:nurul  - [Link]
Salam
Info yg sangat bagus
Terima kasih kerana sudi berkongsi
Sun 14-Jun-2009 04:25
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
tq!!
bagus info ni..
Sun 14-Jun-2009 04:26
Posted by:laila  - [Link]
info yg menarik nie.... blhlah diamalkan selalu Mon 15-Jun-2009 03:49
Posted by:~Lynn Ibu Yana~ nick_zalini@yahoo.com  - [Link]
bagus btoi info nii...bley le sama2 manfaatkan... Mon 15-Jun-2009 05:00
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
saya x lupa....
thanks for da info!
Mon 15-Jun-2009 07:09
Posted by:Liya >>Mama Eyrfran<<  - [Link]
Wah..wah..wah... dah kerjaya nyer "cikgu".. waktu cuti pun masih ligat fikir mengenai ilmu... bagus tu.. InsyaAllah.. artikel nie jadi motivasi untuk lebih mengingatiNya... Tue 16-Jun-2009 05:31
Posted by:ibuJihanHafiy  - [Link]
satu info yang menarik...boleh jadikan panduan dan pedoman. Thu 18-Jun-2009 08:22
Posted by:Ainasara ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
What a good info...... Fri 19-Jun-2009 01:41
Posted by:~ReeN MaMa ZaRaa~ cheerrienaz83@yahoo.com  - [Link]
berzikir mengingati allah.........
banyak pahala.........
Fri 19-Jun-2009 11:39
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
GOOD INFO Mon 22-Jun-2009 01:43
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>>salam ida... memang banyak manfaat zikirni.. Insyaallah kita semua mengamalkannyer...
>>ida.. memang rindu ler ngan kisah ida sefamily... hiro per kabar?? lama tak dengar kisah dia...
Mon 6-Jul-2009 07:34
Posted by:cho zila  - [Link]
aah kannnn lama dah x update .. sebuk jer ... ied pun sama ..
anyway nice and good infooo
Sun 12-Jul-2009 03:03
Posted by:ieda ~ ibu nina,riena & zahrien  - [Link]
INFO yg baik utk sema...!!
Lama tak tgk perkembangan HERO..
Senang2 lawatlah ke fotopages Faris..
@ lawatan ke http://ridzkyera.fotopages.com/ utk melihat & menyebarkan pd teman2 mama HERO tentang business yg ibu Faris baru mulakan ini..
t'kasih...
Sat 18-Jul-2009 04:57
Posted by:Ibu Faris  - [Link]
salam.. tumpang iklan ye tuan rumah..tengkiu..

PAKEJ HONEYMOON + candle light dinner -KUCHING
PROMOSI HEBAT DAN BERBALOI - BALOI..
visit http://tigasisters.blogspot.com
Fri 24-Jul-2009 17:24
Posted by:tigasisters naini_za@hotmail.com  - [Link]
salam..pls vote for me di http://sereniety.blogspot.com/ utk Breastfeeding Photo Contest 2009 tq..my code BPC20 - Aimi Shalfarina aka mama tisya

-27july untill 10august 2009 time to vote
-bole vote sekali saje tp kalo ada byk pc bole vote lg pd pc/laptop yg berlainan...kt umh vote kt opis pn leh vote lg...tq
Wed 29-Jul-2009 12:59
Posted by:amy@mama tisya  - [Link]
>>salam azida. pe kabo ida dan hiro?? harap22 semuanyer ok22 belaka.. rindu ngan aksi hiro... bila nak update ni??
>>akak nak mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah ini dengan tenang dan selesa...
Wed 26-Aug-2009 07:34
Posted by:cho zila  - [Link]
lamanya tak nampak aksi hiro...
selamat berpuasa dari kami...
Fri 28-Aug-2009 10:32
Posted by:Mama Ain~Sofea  - [Link]
maklumat yang bagus.. Tue 8-Sep-2009 00:04
Posted by:Princess Lia ainasarajefri@yahoo.com  - [Link]
alhamdulillah jumpa juga apa yang ku cari selama ini Wed 9-Sep-2009 19:27
Posted by:bakal maneger habihabib10@yahoo.com
Salam, itu benar sekali. Otak manusia juga berbentuk hamba yang sedang bersujud. Malulah pada Allah Yang Maha Berkuasa, jika kita mengabaikan solat dan zikrullah kerana secara dasarnya, manusia memang tidak langsung mempunyai apa-apa. Semuanya milik Allah. Hamba Allah yang tidak solat dan zikir, adalah hamba Allah yang sombong. Sifat sombong itu, milik syaitan, maka selayaknyalah syaitan bersama-sama dengan orang sombong di neraka jahanam. Semoga kita semua selamat daripada sifat-sifat sombong dan takbur ini. Marilah sama-sama masuk kursus ESQ 165, dengan hidayah Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, kita pasti akan menjadi hamba Allah yang sentiasa zikir dan sujud. Salam Thu 5-Nov-2009 00:33
Posted by:Wan Norashekin Wan Ismail shekinq@mvo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.